Kenali

”Kejayaan Bermula Dari Sini

Foodscape Sdn Bhd ialah sebuah syarikat makanan dan minuman (F&B) yang ditubuhkan pada tahun 2022, dengan Restoran AKAR sebagai jenama teras di bawah naungannya.

”

Diasaskan atas satu keyakinan mudah bahawa makanan yang sedap, suasana yang tenang dan layanan yang tulus mampu menghidupkan semula seni menikmati hidangan Bersama.

Foodscape membina AKAR sebagai destinasi santapan yang mempunyai jiwa dan berakar kepada nilai.

RESTORAN AKAR
Terletak strategik di Ayer Keroh, Melaka, AKAR mengangkat konsep nature-themed yang menenangkan. Nama “AKAR” sendiri melambangkan keteguhan, pertumbuhan dan hubungan yang berpanjangan.

Ia falsafah yang menjiwai setiap ruang, menu dan pengalaman setiap pelanggan.

Dengan kapasiti 60 tempat duduk, AKAR menawarkan suasana yang selesa untuk santapan harian, pertemuan keluarga mahupun mesyuarat santai, disokong penarafan 4.4 bintang di Google.

#RAIKANMOMENBERSAMA

Disiarkan pada Google Google
Azrie Rahim profile picture
Azrie Rahim
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google.
Nasi akar lamb shank 5/5 Shawarma 4/5 Spaghetti Bolognese 4/5 Mac n cheese 3/5 ( terasa masin lebih ) Spaghetti tomyam seafood 3/5 (masin) Keseluruhan, sy masih lagi beri 5 bintang.. Ada potensi restoran ni dengan menu yang ada.. Cuma perlu diperbaiki lagi servis.. Agak lambat juga servisnya.. Kebetulan masa saya pergi hanya keluarga saya sahaja yang ada masa tu.. Tapi bagi siapa yang nak santai boleh jadikan restoran ini sebagai pilihan.. Tenang suasananya.. Moga terus maju..
Disiarkan pada Google Google
Norazilah Abu Husin profile picture
Norazilah Abu Husin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google.
Restaurant terbaikkkk di Ayer Keroh
Disiarkan pada Google Google
Aliff Amirul profile picture
Aliff Amirul
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google.
Best & berbaloi
Disiarkan pada Google Google
Syera Ibrahim profile picture
Syera Ibrahim
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google.
Nice place to lunch 🤍 Very comfortable
Disiarkan pada Google Google
Raynusha Abdullah profile picture
Raynusha Abdullah
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google.
Good atmosphere and food choices
Disiarkan pada Google Google
Mohammad Noorazim profile picture
Mohammad Noorazim
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google.
staf baik haty

Lebih daripada sebuah restoran, AKAR memposisikan dirinya sebagai destinasi untuk meraikan momen dan sambutan hari istimewa.

Daripada sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, majlis persaraan sehinggalah pertemuan keluarga yang hangat, AKAR menyediakan ruang, menu dan layanan untuk menjadikan setiap detik istimewa lebih bermakna.

Inilah teras jenama kami di mana setiap hidangan mengundang cerita, dan setiap kunjungan menjadi kenangan.

4

Tahun Dalam Industri

60

+
Tempat Duduk

4.4

★
Penarafan Google

”

Restoran bukan sekadar tempat menjamu selera, tetapi ruang untuk orang ramai meraikan momen bersama insan tersayang

Puan Siti Affiza binti Mohammad
Pengarah Urusan, Foodscape Sdn Bhd | Pengasas & Pemilik Restoran AKAR

Profil Pengarah

Puan Siti Affiza binti Mohammad

Pengarah Urusan, Foodscape Sdn Bhd | Pengasas & Pemilik Restoran AKAR

Restoran AKAR

Ayer Keroh

”

Puan Siti Affiza binti Mohammad ialah Pengarah Urusan Foodscape Sdn Bhd di sebalik penjenamaan Restoran AKAR. Dengan pengalaman melebihi 19 tahun dalam dunia perniagaan dan kepimpinan organisasi, beliau membawa naluri tajam seorang usahawan makanan dan minuman (F&B).

Daripada mengenal cita rasa pasaran, membina konsep restoran, sehinggalah memimpin operasi harian yang menuntut ketelitian dan konsistensi.

Sebagai pemilik dan pemimpin syarikat, Puan Affiza memegang tanggungjawab strategik merangkumi hala tuju jenama, pembangunan menu, pengurusan operasi restoran serta pengalaman tetamu secara keseluruhan.

Beliau memahami bahawa industri F&B bukan sekadar tentang makanan yang enak, tetapi gabungan halus antara kualiti hidangan, kecekapan operasi, suasana yang tepat dan layanan yang menyentuh hati dan beliau memimpin setiap aspek ini dengan teliti.

Pembina Jenama F&B

Puan Affiza ialah pemikir di sebalik identiti dan reposisi Restoran AKAR. Daripada konsep nature-themed yang menenangkan sehinggalah kepada semangat jenama #RaikanMomenBersama.

Beliau melihat sebuah restoran sebagai sebuah pengalaman yang perlu direka dengan teliti: setiap elemen, dari pinggan yang dihidang sehingga suasana ruang, dirangka untuk meninggalkan kesan dan mengundang tetamu untuk kembali.

Kepimpinan Operasi & Pasukan

Berbekalkan pengalaman sebenar mengurus perniagaan dan pasukan, beliau membina budaya kerja yang berdisiplin, berorientasikan kualiti dan mengutamakan pelanggan.

Puan Affiza menekankan standard operasi yang konsisten, latihan pasukan yang berterusan serta persekitaran kerja yang sihat kerana beliau percaya pengalaman tetamu yang cemerlang bermula daripada pasukan yang jelas peranan, komited dan bangga dengan kerja mereka.

”

Falsafah Perniagaan

Bagi Puan Affiza, sebuah restoran bukan sekadar tempat menjamu selera, tetapi ruang untuk orang ramai meraikan momen bersama insan tersayang.

#RAIKANMOMENBERSAMA

Falsafah inilah yang menjadi teras kepada setiap keputusan perniagaan beliau. Membina AKAR bukan hanya sebagai destinasi makan, tetapi sebagai sebuah jenama yang berjiwa, mampan dan bersedia untuk berkembang.